Kebiasaannya kita hanya menggunakan perisian pemindahan fail yang disediakan oleh Windows dan ianya kadangkala lambat dan menjengkelkan apabila saiz pemindahan yang besar dan banyak.
Semenjak saya mendapat bidang tugas baru di pejabat iaitu menyalin dokumen yang banyak setiap hari, saya telah menjumpai satu perisian percuma yang canggih dan laju iaitu TeraCopy. Mari kita terjah!!!
Teracopy
Dibina oleh codesector dan ianya utiliti percuma untuk Windows sahaja. Direka untuk menyalin dan memindahkan fail pada kelajuan maksimum. TeraCopy secara automatik boleh menyemak fail disalin untuk kesilapan dengan mengira nilai CRC checksum mereka. TeraCopy mengintegrasikan dengan menu klik kanan di Windows Explorer dan boleh ditetapkan sebagai default.
Kelebihan Teracopy
- Pemindahan fail yang pantas
- Boleh pause & resume
- Error recovery
- Interaktif senarai salinan
- Windows 8 x64 support
TeraCopy adalah percuma untuk kegunaan bukan komersil sahaja. Untuk kegunaan komersial, anda perlu untuk membeli lesen.
Teracopy pro terdapat ciri-ciri berikut:
- Menyalin atau memindah ke folder kegemaran anda
- Simpan sebagai HTML dan CSV
- Pilih fail dengan sambungan / folder yang sama.
- Buang fail yang dipilih dari barisan salinan.
Pendapat saya, perisian ini boleh dikategorikan sebagai harus ada di bagi semua pengguna komputer kerana ianya stabil dan mempunyai banyak kelebihan berbanding biasa. Jika ada perisian seumpama ini, pembaca boleh kongsi di bahagian komen. Terima kasih.
Download percuma DI SINI








Tiada ulasan: