Lawak: Ragam sekolah

sekolah

Tidak lama lagi sesi persekolahan 2013 akan dibuka dan ramailah budak-budak bermasam muka kerana cuti sekolah hampir tamat.

Sempena pembukaan sekolah 2013 ini, saya akan siarkan semula lawak-lawak yang mungkin berlaku di sekolah ataupun mustahil berlaku. Tepuk dada tanya selera, jangan sampai terbatuk sudah. Hehe

Dalam sebuah sekolah yang cemerlang, terbilang dan gemilang, ada seorang cikgu yg sangat garang dan tegas.. semua pelajar takut dengan cikgu tersebut. Maka tersebutlah kisah satu hari cikgu yang garang itu masuk ke kelas 5f(kelas paling tercorot) tersebut untuk mengajar. Kebetulan waktu itu mood cikgu tersebut tidak berapa elok, berlakulah dialog seperti berikut:-

Cikgu               : Sape yg rasanya dirinya bodoh!!! bangun...
Budak sekolah : ( Senyap ) semuanya diam dan takut.
Cikgu               : Cikgu cakap sekali lagi !!! Sape rase dia bodoh..bangunnnn...
Budak sekolah : ( Senyap lagi) semuanya diam dan takut.
Cikgu              : Lagi sekali cikgu cakap!!! Sape rase dia bodoh..bangunnnn...

Tiba-tiba bangun seorang budak, Abu namanya….
Cikgu             : Hah!!! Abu... kamu rasa diri kamu bodoh ye!!...
Abu                : Tak lah cikgu…sambil tunduk kepala ke meja kerana takut.
Cikgu             :Abis tu, awak bangun kenapa?
Abu                : Cikgu, saya sebenarnya kesian kat cikgu berdiri sorang-sorang dari tadi.....……

mem

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2013!!

Related Post

Lawak: Ragam sekolah PC Rating: 5

Tiada ulasan: