MENARIK: BUNGA TERMAHAL DI DUNIA

tn

Bunga Saffron ataupun dikenali sebagai Za’faran merupakan sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Apakah yang menariknya pokok ini dan kenapa ianya boleh dikategorikan salah satu bunga yang paling mahal? Teruskan membaca..

 

shafran-0002

Fakta menarik mengenai bunga saffron:-

  • Saffron kering dapat diperolehi hanya 5 – 7kg per hektar tanah. Bayangkan, amat sedikit kuantiti yang diperolehi dari sehektar tanah.
  • Harga saffron boleh mencecah dari RM1,700.00 - RM23,000.00 sekilo!
  • Saffron mempunya bau dan warna yang kuat. Hanya sedikit diperlukan dan ianya dapat meransang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan juga menguatkan ingatan. Elok diminum/dimakan bersama madu asli.

shafran-0013 shafran-0012

Produk apa yang boleh dihasilkan dari Saffron ini?

  • Perubatan – Boleh dijadikan sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan, Menghindarkan batuk dan radang paru-paru, mengurangkan masalah tidak boleh tidur malam, memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi, membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut dan macam-macam lagi di sini.
  • Masakan – menjadi penambah perisa bagi ikan, nasi dan minuman.
  • Minyak Wangi - Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil 'ZA"FARAN ATTAR' ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa.
  • Industri Tenusu - memberikan warna yang cantik dan mencatikkan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan juga digunakan dalam membuat ais krim.

shafran-0005 shafran-0007 shafran-0003 shafran-0004

 

Bunga saffron ini banyak terdapat di negara-negara Eropah seperti Belgium dan India. Ianya boleh dijadikan satu sumber pendapatan yang lumayan bagi mereka yang usahakannya.

 

Untuk maklumat lanjut sila klik link di bawah:-

Sumber and credit to:  http://zulhilmiabaya.blogspot.com/

Related Post

MENARIK: BUNGA TERMAHAL DI DUNIA PC Rating: 5

Tiada ulasan: