Tips : Penjagaan bateri notebook

batery

Kali ini, penacyber ingin memberikan sedikit tips supaya bateri notebook kita tahan lama dari segi fiizikal, maksudnya tidak cepat rosak ataupun dalam bahasa rojak dipanggil ‘kong’.

Setiap bateri mempunyai kadar kitaran cas tertentu bergantung kepada kekerapan dan suhu semasa penggunaan notebook tersebut. Penacyber akan menyenaraikan beberapa tips supaya bateri tahan lama dan tidak mudah rosak.

  1. Jangan letakkan notebook di tempat lembut seperti tilam ataupun di atas peha semasa menggunakannya kerana tiadanya ruang udara diantara bateri dan ini boleh menyebabkan bateri menjadi cepat panas.
  2. Jangan beri tekanan kepada bateri, maksudnya di sini jangan tindihkan bateri dengan benda-benda yang berat kerana berkemungkinan terdapat kerosakan circuit di dalam dan boleh mengakibatkan bateri overheating.
  3. Jangan letakkan notebook di tempat yang sangat panas. seperti di dalam kereta yang diletakkan di tempat yang panas.
  4. Jangan cas bateri terus menerus setelah bateri telah penuh. Sila cabut power adapter dan cas hanya apabila bateri berada di bawah 50%. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan kerosakan bateri.
  5. Elakkan bateri dari terkena air terutama dibahagian tembaga yang bersambung dengan notebook kerana berkemungkinan ianya akan karat dan menyebabkan kerosakan.

Semoga anda dapat manfaatnya. Terima kasih.

Related Post

Tips : Penjagaan bateri notebook PC Rating: 5

Tiada ulasan: