Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBSJ) sekali lagi melakukan perubahan dengan berjaya memiliki Safee Sali untuk digandingkan bersama beberapa bintang tempatan yang sebelum ini pihak PBSJ berjaya dapatkan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha(Mat Yo), Muslim Ahmad dan Aidil Zaquan Adha Abd Razak .
Untuk musim depan (2013), Safee Sali hanya dipinjamkan selama setahun daripada kelab lamanya, Arema Indonesia.
Nampaknya kali ini, Johor team mempunyai satu gabungan dan juga pasukan yang boleh menjadi pesaing yang sengit bagi pasukan lain. Apa-apapun ianya bergantung kepada strategi dan kepintaran pengurus pasukan dan semangat kerjasama antara pemain.
Sama-sama kita nantikan kehebatan dan corak permainan bolasepak Malaysia di musim depan.








Tiada ulasan: