Pasang perisian dengan mudah dengan Allmyapps

allmyapss

Biasanya selepas memasang baru atau memasang semula sistem operasi seperti windows xp atau windows 7, kita akan memasang atau memuat turun satu persatu aplikasi yang kita mahukan. Ini memerlukan banyak masa untuk digunakan. Bagaimana kalau kita hanya memuat turun di satu perisian dan aplikasi itu membolehkan kita memilih pelbagai aplikasi untuk dimuatturunkan? Jawapannya ada di sini: allmyapps.com

Apa itu Allmyapps

Allmyapps merupakan perkhidmatan percuma yang boleh digunakan untuk memasang dan mengemaskini aplikasi/perisian di komputer anda.

Anda boleh mendapatkan allmyapps secara percuma di sini dan proses installasinya memerlukan talian internet untuk berfungsi. Bagi yang tiada internet, silalah ke pusat komuniti internet atau mana-mana cyber cafe untuk menjalankan operasi allmyapps ini.

allmyapss2

Selepas anda selesai pasang aplikasi allmyapps, anda perlulah mendaftar dan ianya percuma.

allmyapss3

Pelbagai aplikasi yang boleh anda pilih, dan apabila anda pasang/install salah satu perisian, ianya akan dijalankan secara senyap (silent installation), dan anda boleh memilih perisian lain untuk dipasang di dalam komputer anda.

allmyapps4 

Salah satu kelebihan allmyapps adalah ianya boleh memaklumkan kepada anda tentang kemas kini yang dikeluarkan untuk aplikasi yang anda telah pasang. Walaupun banyak aplikasi mempunyai ciri-ciri kemaskini automatik dibina ke dalam mereka, allmyapps memudahkan anda untuk mengemaskini aplikasi yang mungkin terlepas pandang untuk dikemaskini.

Allmyapps disediakan percuma  dan berbayar (premium) seperti gambar di bawah

allmyapps5 download

Jika ada perisian yang lain seperti ini, pembaca boleh kongsikan di bahagian komen. Terima kasih.

Related Post

Pasang perisian dengan mudah dengan Allmyapps PC Rating: 5

Tiada ulasan: